Upgrade WordPress 2.6.1

Alhamdulillah, blog Webmaster Melayu Malaysia ini telah selamat dinaiktaraf ke versi terkini WordPress 2.6.1 dengan jayanya.
Moga-moga semua plugin yang digunapakai serasi dengan versi WordPress terkini ini.
Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita diucapkan kepada seluruh wanita di Malaysia yang menyambut Hari Wanita pada hari ini…
Kartun gadis melayu ini saya tujukan spesel untuk wanita Malaysia khususnya wanita Melayu.
Selamat Hari Wanita.
Selamat Makan Durian

Malaysia kini dilanda musim durian. Durian dikenali sebagai raja buah, tapi sape permaisuri buah pulak yer?
Saya lihat tahun ni durian betul-betul menjadi. Sana sini ada jer. Walaupun saya bukan “hantu durian” macam kakak saya sorang tu, tapi makan jugak ler.
Berbanding makan sahaja (ratah orang cakap), saya lebih minat makan dengan pulut santan. Sedap hingga menjilat gigi wooo…
Apapun sokonglah buah-buahan tempatan.
Selamat makan droyan… ![]()
WordPress 2.6 Tyner Release

Pada 15 Julai lepas WordPress telah release versi terkini WordPress 2.6 yang dikenali sebagai Version 2.6 “Tyner”.
Mengikut sumber rasmi, versi ni mengandungi beberapa features baru yang akan menjadikan WordPress ni sebagai CMS yang lebih powerful.
Saya belum explore lagi versi ni, jadi tak dapat nak beri apa-apa respond ler. Dan sekarang ni masih lagi memikirkan sama ada nak upgrade atau tidak, sebabnya kemungkinan akan muncul pula versi baru dalam masa terdekat ni.. ![]()
8 Julai Hari Lahirku

Semalam, semasa check email, ada satu mesej dari sistem pentadbiran forum CariGold.com yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.
Wah! Rupanya semalam (8 Julai) adalah hari lahirku yang ke-30 rupanya. Terlupa pulak tarikh keramat ni. Almaklumlah tak pernah pun sambut hari lahir sepanjang usiaku ni…
Sudah semakin dimamah ketuaan rupanya diriku ini, dah suku abad rupanya aku menumpang di dunia yang fana ini… Perghhh! Bersasterawan lah pulak yer..
Apapun hidup mesti terus…
Wassalam


