Selamat Hari Guru

Wah! Banyak betul sambutan untuk bulan Mei ni, dari Hari Pekerja pada 1 Mei, kendian menyusul pula Hari Ibu pada 11 Mei dan kini bakal menjelang tiba Hari Guru pada 16 Mei nanti… Meriah betul bulan Mei ni yer..
Oh! Sedar tak sedar rupanya dah lebih dari 10 tahun diriku meninggalkan alam budak sekolah. Dah makin dimamah ketuaan rupanya. Kalau diputar kembali memori masa berstatus budak sekolah dulu, best jugak rasanya.
Apapun Selamat Hari Guru kutitipkan kepada semua warga pendidik yang tidak pernal kenal penat dan jemu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia, cemerlang, gemilang dan terbilang.
Horey! Mesej Pertama Selamat Dihantar

Alhamdulillah, mesej email pertama telah selamat dihantar kepada semua subscriber danbytes Newz.
Walaupun pada mulanya saya menghadapi beberapa masalah tetapi setelah operasi cuba dan redah dijalankan, akhirnya berjaya jugak saya menghantar mesej tersebut…
Okey, kepada semua subscriber mailing list saya, cuba periksa inbox email masing-masing.
Harap-harap mesej tersebut berjaya menembusi inbox anda semua. Jangan tersesat je junk/bulk mail sudahlah…
Untuk pengetahuan anda semua, mailing list tersebut dijana sepenuhnya oleh PHPlist - Open source newsletter manager.
Teringin mendapatkan panduan asas langkah demi langkah bergambar bagaimana menggunakan sistem PHPlist ini?
Selamat Hari Ibu

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu sedunia ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, umi, mak or whatever panggilan pun kerana ianya tetap satu, kecuali “ibu ayam” ler..
Sesungguhnya jasa seorang yang bergelar ibu itu terlalu besar dan tidak ternilai jasanya. Tak mampu untuk dibalas dengan apa jua cara sekalipun.
Yang termampu hanyalah doa dan kasih sayang sepenuhnya dari seorang yang bergelar anak.
Ibu.. ibu… engkaulah ratu hatiku,
bila ku berduka engkau hiburkan selalu,
ibu…
Mak, i love u forever and ever.
Happy mother’s day from danbytes.com
Panduan Asas PHPList versi BETA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah, akhirnya siap juga e-book pertama saya sepanjang ber’online’ selama ini.
E-book “Panduan Asas PHPList - Langkah Demi Langkah Setup List Dengan PHPlist” ini boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja dengan subscribe email list danbytes Newz. Buat ketika ini, e-book ini masih lagi dilabelkan sebagai versi BETA.
E-book ini dipersembahkan dengan tutorial bergambar langkah demi langkah agar mudah difahami dan ianya diterangkan dari proses pemasangan sehinggalah proses menghantar mesej kepada semua subscriber.
Intipati e-buku Panduan Asas PHPlist Versi BETA ini:


