Panduan Asas PHPList versi BETA

May 7, 2008 · Filed Under Ebook Percuma, PHPlist 

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Alhamdulillah, akhirnya siap juga e-book pertama saya sepanjang ber’online’ selama ini. :)

E-book “Panduan Asas PHPList - Langkah Demi Langkah Setup List Dengan PHPlist” ini boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja dengan subscribe email list danbytes Newz. Buat ketika ini, e-book ini masih lagi dilabelkan sebagai versi BETA.

E-book ini dipersembahkan dengan tutorial bergambar langkah demi langkah agar mudah difahami dan ianya diterangkan dari proses pemasangan sehinggalah proses menghantar mesej kepada semua subscriber.

Intipati e-buku Panduan Asas PHPlist Versi BETA ini:

Langkah 1: Pemasangan melalui Fantastico
Langkah 2: Create List
Langkah 3: Create Attributes
Langkah 4: Create Subscribe Pages dan x-tra Customize Form
Langkah 5: Send Message
Langkah 5 1/2: Horey dah siap dah ler…

Saya meminta maaf sekiranya e-book ini mempunyai banyak kekurangan atau kelemahan. Almaklumlah e-book pertama saya. Tapi, akan diperbaiki untuk versi yang seterusnya nanti. Insya-Allah.

Download NOW!

Jika anda mempunyai sebarang pandangan, komen atau cadangan untuk menambahbaik e-buku ini, sila berikan di ruangan komen. Maklumbalas dari anda semua amatlah diharap-harapkan.

Terima kasih.

Hamdan
Hamdan a.k.a danbytes
Penulis & Penerbit merangkap tukang canang terhormat…

Update 16 Jun 2008:

Tawaran Istimewa - Kini ebook ini diberikan secara PERCUMA tanpa perlu subscribe form mailing list… :D

Sedikit penambahbaikan kecil telah dibuat berbanding versi asalnya namun ia masih lagi dilabelkan sebagai versi Beta.

Related posts

Panduan Blogger

Comments

8 Responses to “Panduan Asas PHPList versi BETA”

  1. titan on May 8th, 2008 2:37 am

    tahniah sebab dah ada e-book sendiri. Aku dah try subsribe. Nanti aku test.Anyway, tahniah sebab dah ada blog sendiri.

  2. danbytes on May 8th, 2008 4:16 pm

    Terima kasih atas sokongan dan jangan lupa beri komen lepas try nanti… :)

  3. jeyrard on May 11th, 2008 2:40 pm

    assalamualaikum.. kali pertama mengziarah kat blog ni :) nice blog.. camna ye nak download e-book ni?

  4. danbytes on May 11th, 2008 3:09 pm

    Waalaikumsalam…

    Thanks Jeyrard… untuk download ebook tu, sila isikan form subscription di homepage danbytes.com atau di form sebelah.

  5. Alegrio on July 2nd, 2008 6:57 pm

    Assallamuailaikum . . .

    Saya dari Kerinci, Sumatera, Indonesia. Tadi sudah download bukunya dan akan saya baca sampai habis. Salam kenal dan terima kasih atas tutorial percumanya . . .

    Salam Blogger!!!

  6. danbytes on July 3rd, 2008 8:19 pm

    Waalaikumsalam.

    Selamat datang dan salam perkenalan… :)

    Harap anda berpuas hati dengan kandungan ebook tersebut.

  7. wings on August 27th, 2008 12:18 pm

    ok…thanks bro

  8. danbytes on August 29th, 2008 7:56 pm

    welcome wings… :D

Leave a Reply




danbytes Newsletter

Email
Nama