Selamat Hari Guru

Wah! Banyak betul sambutan untuk bulan Mei ni, dari Hari Pekerja pada 1 Mei, kendian menyusul pula Hari Ibu pada 11 Mei dan kini bakal menjelang tiba Hari Guru pada 16 Mei nanti… Meriah betul bulan Mei ni yer..
Oh! Sedar tak sedar rupanya dah lebih dari 10 tahun diriku meninggalkan alam budak sekolah. Dah makin dimamah ketuaan rupanya. Kalau diputar kembali memori masa berstatus budak sekolah dulu, best jugak rasanya.
Apapun Selamat Hari Guru kutitipkan kepada semua warga pendidik yang tidak pernal kenal penat dan jemu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang mulia, cemerlang, gemilang dan terbilang.
Walaupun ada juga ler yang tersesat hala tuju. Mungkin disebabkan taufan yang melanda sehingga terpesong kemudi di hati..
Ayuh! Teruskan perjuangan kalian semua kerana ianya satu amanah dan tugas yang amat mulia. Bak kata pepatah Melayu, “guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain”.
Walaupun sekarang ni ada juga kedengaran kes-kes yang tak sedap didengar halwa telinga berkaitan perangai guru ni dipamerkan di dada-dada akhbar arus perdana.
Biasa ler, dalam setangkai kelapa ada juga yang ditebuk tupai.. Eh! Betul ker ni? Cam pelik jer…
Argh!! Apapun Selamat Hari Guru dari danbytes.com
Related posts
Comments
2 Responses to “Selamat Hari Guru”
Leave a Reply


Katun dah cun tapi apsal stop tulis??
Tq…
Maaf ler… sekarang ni saya agak bz dgn projek PanduanBlogger.com. Almaklumlah boleh dikatakan projek terpenting saya ketika ini…
Jadi agak terabai ler blog ni wat seketika. Insya-Allah akan kembali semula dengan kartun2 baru…
Apapun terima kasih atas kunjungan anda…