Merdeka! Merdeka! Merdeka!

August 30, 2008 · Filed Under Malaysia · Comment 

Gambar kartun merdeka!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 tahun kepada seluruh warga Malaysia walaupun di mana anda berada, tak kira tua ataupun muda.

Walaupun sambutan pada tahun ni nampaknya tak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun merdeka tetap merdeka… :D

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Merdeka!!!!….

Upgrade WordPress 2.6.1

August 27, 2008 · Filed Under danbytes Newz · Comment 

Cartoon picture!

Alhamdulillah, blog Webmaster Melayu Malaysia ini telah selamat dinaiktaraf ke versi terkini WordPress 2.6.1 dengan jayanya.

Moga-moga semua plugin yang digunapakai serasi dengan versi WordPress terkini ini.

Selamat Hari Wanita

August 25, 2008 · Filed Under Malaysia · Comment 

Selamat Hari Wanita!

Selamat Hari Wanita diucapkan kepada seluruh wanita di Malaysia yang menyambut Hari Wanita pada hari ini… :D

Kartun gadis melayu ini saya tujukan spesel untuk wanita Malaysia khususnya wanita Melayu.

Selamat Hari Wanita.

Selamat Makan Durian

August 3, 2008 · Filed Under Malaysia, MyLife · Comment 

Gambar kartun makan durian!

Malaysia kini dilanda musim durian. Durian dikenali sebagai raja buah, tapi sape permaisuri buah pulak yer?

Saya lihat tahun ni durian betul-betul menjadi. Sana sini ada jer. Walaupun saya bukan “hantu durian” macam kakak saya sorang tu, tapi makan jugak ler.

Berbanding makan sahaja (ratah orang cakap), saya lebih minat makan dengan pulut santan. Sedap hingga menjilat gigi wooo… :D

Apapun sokonglah buah-buahan tempatan.

Selamat makan droyan… :D

danbytes Newsletter

Email
Nama