Selamat Berpuasa

September 1, 2008 · Filed Under Malaysia · 1 Comment 

Gambar kartun bersahur!

Alhamdulillah hari ini umat Islam di Malaysia khususnya sudah mula berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Camne dengan sahur hari pertama anda pagi tadi?… :D

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa yang tidak berapa lama lagi jer semasa post ini diterbitkan.

Selamat berpuasa.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

August 30, 2008 · Filed Under Malaysia · Comment 

Gambar kartun merdeka!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 tahun kepada seluruh warga Malaysia walaupun di mana anda berada, tak kira tua ataupun muda.

Walaupun sambutan pada tahun ni nampaknya tak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun merdeka tetap merdeka… :D

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.

Merdeka!!!!….

Selamat Hari Wanita

August 25, 2008 · Filed Under Malaysia · Comment 

Selamat Hari Wanita!

Selamat Hari Wanita diucapkan kepada seluruh wanita di Malaysia yang menyambut Hari Wanita pada hari ini… :D

Kartun gadis melayu ini saya tujukan spesel untuk wanita Malaysia khususnya wanita Melayu.

Selamat Hari Wanita.

Selamat Makan Durian

August 3, 2008 · Filed Under Malaysia, MyLife · Comment 

Gambar kartun makan durian!

Malaysia kini dilanda musim durian. Durian dikenali sebagai raja buah, tapi sape permaisuri buah pulak yer?

Saya lihat tahun ni durian betul-betul menjadi. Sana sini ada jer. Walaupun saya bukan “hantu durian” macam kakak saya sorang tu, tapi makan jugak ler.

Berbanding makan sahaja (ratah orang cakap), saya lebih minat makan dengan pulut santan. Sedap hingga menjilat gigi wooo… :D

Apapun sokonglah buah-buahan tempatan.

Selamat makan droyan… :D

WordPress 2.6 Tyner Release

July 24, 2008 · Filed Under WordPress · Comment 

Gambar kartun budak sedang berfikir!

Pada 15 Julai lepas WordPress telah release versi terkini WordPress 2.6 yang dikenali sebagai Version 2.6 “Tyner”.

Mengikut sumber rasmi, versi ni mengandungi beberapa features baru yang akan menjadikan WordPress ni sebagai CMS yang lebih powerful.

Saya belum explore lagi versi ni, jadi tak dapat nak beri apa-apa respond ler. Dan sekarang ni masih lagi memikirkan sama ada nak upgrade atau tidak, sebabnya kemungkinan akan muncul pula versi baru dalam masa terdekat ni.. :D

danbytes Newsletter

Email
Nama