Panduan Asas PHPList Update
Saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas e-book percuma, Panduan Asas PHPList terutamanya dari segi susun atur persembahan agar lebih kemas dan tersusun. Untuk isi kandungan pula, hanya sedikit sahaja penambahan dibuat iaitu pada langkah terakhir, Send Message to Mailing List.
Selain itu e-book ini, kini berstatus 100% percuma yang bermaksud anda boleh download terus tanpa perlu subscribe apa-apa form seperti sebelum ini.
Namun e-book percuma ini masih lagi dilabelkan sebagai Versi BETA…
Harap maklum.
Panduan Asas PHPList versi BETA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah, akhirnya siap juga e-book pertama saya sepanjang ber’online’ selama ini.
E-book “Panduan Asas PHPList - Langkah Demi Langkah Setup List Dengan PHPlist” ini boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja dengan subscribe email list danbytes Newz. Buat ketika ini, e-book ini masih lagi dilabelkan sebagai versi BETA.
E-book ini dipersembahkan dengan tutorial bergambar langkah demi langkah agar mudah difahami dan ianya diterangkan dari proses pemasangan sehinggalah proses menghantar mesej kepada semua subscriber.
Intipati e-buku Panduan Asas PHPlist Versi BETA ini:


