Back to School & Office
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog ini yang beragama Islam…
Hari ni sessi persekolahan bermula semula setelah bercuti panjang sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Begitu juga dengan warga pekerja yang rata-rata sudah mula bertugas semula hari ini. Dengar cerita jalan raya sesak teruk semalam yer akibat kebanjiran melampau kenderaan di jalan-jalan raya….
Apapun diucapkan selamat bertugas semula dan menyambung kerja-kerja yang belum selesai… ![]()
Selamat Berpuasa

Alhamdulillah hari ini umat Islam di Malaysia khususnya sudah mula berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Camne dengan sahur hari pertama anda pagi tadi?…
Dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat berpuasa, selamat bersahur dan selamat berbuka puasa yang tidak berapa lama lagi jer semasa post ini diterbitkan.
Selamat berpuasa.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 tahun kepada seluruh warga Malaysia walaupun di mana anda berada, tak kira tua ataupun muda.
Walaupun sambutan pada tahun ni nampaknya tak sebegitu meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini, namun merdeka tetap merdeka…
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-51.
Merdeka!!!!….
Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita diucapkan kepada seluruh wanita di Malaysia yang menyambut Hari Wanita pada hari ini…
Kartun gadis melayu ini saya tujukan spesel untuk wanita Malaysia khususnya wanita Melayu.
Selamat Hari Wanita.
Selamat Makan Durian

Malaysia kini dilanda musim durian. Durian dikenali sebagai raja buah, tapi sape permaisuri buah pulak yer?
Saya lihat tahun ni durian betul-betul menjadi. Sana sini ada jer. Walaupun saya bukan “hantu durian” macam kakak saya sorang tu, tapi makan jugak ler.
Berbanding makan sahaja (ratah orang cakap), saya lebih minat makan dengan pulut santan. Sedap hingga menjilat gigi wooo…
Apapun sokonglah buah-buahan tempatan.
Selamat makan droyan… ![]()


