Ulangtahun ke-4 DanBytes.Com

September 19, 2008 · Filed Under MyLife, danbytes.com · Comment 

danbytes.com ke-4

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 4 tahun domain danbytes.com berkelana di alam siber ni dimana ianya telah didaftarkan kelahirannya sejak 16 September 2004 lalu. Jadi dah 4 tahun usianya kini… :D

Sebenarnya saya hampir-hampir terlupa untuk renew domain danbytes.com ni yang sebenarnya telah expired sejak 3 hari (Selasa) lepas, sebelum artikel ini diterbitkan.

Perkara ni hanya disedari pada petang semalam apabila saya tak dapat mengakses domain ini termasuk melalui FTP untuk upload file tetapi domain lain yang turut dihostkan (addon) di domain ini boleh pula diakses. Rasa cam pelik bin ajaib ler pulak… :D

Selamat Makan Durian

August 3, 2008 · Filed Under Malaysia, MyLife · Comment 

Gambar kartun makan durian!

Malaysia kini dilanda musim durian. Durian dikenali sebagai raja buah, tapi sape permaisuri buah pulak yer?

Saya lihat tahun ni durian betul-betul menjadi. Sana sini ada jer. Walaupun saya bukan “hantu durian” macam kakak saya sorang tu, tapi makan jugak ler.

Berbanding makan sahaja (ratah orang cakap), saya lebih minat makan dengan pulut santan. Sedap hingga menjilat gigi wooo… :D

Apapun sokonglah buah-buahan tempatan.

Selamat makan droyan… :D

8 Julai Hari Lahirku

July 9, 2008 · Filed Under MyLife · Comment 

Happy Birthday!

Semalam, semasa check email, ada satu mesej dari sistem pentadbiran forum CariGold.com yang mengucapkan selamat hari lahir kepadaku.

Wah! Rupanya semalam (8 Julai) adalah hari lahirku yang ke-30 rupanya. Terlupa pulak tarikh keramat ni. Almaklumlah tak pernah pun sambut hari lahir sepanjang usiaku ni… :D

Sudah semakin dimamah ketuaan rupanya diriku ini, dah suku abad rupanya aku menumpang di dunia yang fana ini… Perghhh! Bersasterawan lah pulak yer..

Apapun hidup mesti terus…

Wassalam

danbytes Newsletter

Email
Nama