Panduan Asas PHPList Update
Saya telah membuat sedikit penambahbaikan ke atas e-book percuma, Panduan Asas PHPList terutamanya dari segi susun atur persembahan agar lebih kemas dan tersusun. Untuk isi kandungan pula, hanya sedikit sahaja penambahan dibuat iaitu pada langkah terakhir, Send Message to Mailing List.
Selain itu e-book ini, kini berstatus 100% percuma yang bermaksud anda boleh download terus tanpa perlu subscribe apa-apa form seperti sebelum ini.
Namun e-book percuma ini masih lagi dilabelkan sebagai Versi BETA…
Harap maklum.
Horey! Mesej Pertama Selamat Dihantar

Alhamdulillah, mesej email pertama telah selamat dihantar kepada semua subscriber danbytes Newz.
Walaupun pada mulanya saya menghadapi beberapa masalah tetapi setelah operasi cuba dan redah dijalankan, akhirnya berjaya jugak saya menghantar mesej tersebut…
Okey, kepada semua subscriber mailing list saya, cuba periksa inbox email masing-masing.
Harap-harap mesej tersebut berjaya menembusi inbox anda semua. Jangan tersesat je junk/bulk mail sudahlah…
Untuk pengetahuan anda semua, mailing list tersebut dijana sepenuhnya oleh PHPlist - Open source newsletter manager.
Teringin mendapatkan panduan asas langkah demi langkah bergambar bagaimana menggunakan sistem PHPlist ini?
Panduan Asas PHPList versi BETA
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah, akhirnya siap juga e-book pertama saya sepanjang ber’online’ selama ini.
E-book “Panduan Asas PHPList - Langkah Demi Langkah Setup List Dengan PHPlist” ini boleh diperolehi secara PERCUMA sahaja dengan subscribe email list danbytes Newz. Buat ketika ini, e-book ini masih lagi dilabelkan sebagai versi BETA.
E-book ini dipersembahkan dengan tutorial bergambar langkah demi langkah agar mudah difahami dan ianya diterangkan dari proses pemasangan sehinggalah proses menghantar mesej kepada semua subscriber.
Intipati e-buku Panduan Asas PHPlist Versi BETA ini:


